Sunday, 9 November 2014

KOLAGEN_COLLAGEN - Rumpai Laut

Rumpai Laut Kering Gred AAA Warna Ungu dan Gred AA Warna Putih Keemasan


Radio 'Live Online' tersembunyi disebalik gambar ini...klik untuk mendengar


Rumpai laut atau nama tempatannya agar-agar ialah sejenis tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air yang tenang di persisiran pantai berbatu, pantai berlumpur, bakau, terumbu karang dan pantai berpasir. Terdapat pelbagai spesies rumpai laut di Malaysia, tetapi hanya spesies Kappaphyeseus dan Eucheuma sahaja yang diternak di negeri Sabah.

Aktiviti penternakan rumpai laut mendapat galakan dan sokongan daripada kerajaan melalui pelbagai agensi terutamanya Jabatan Perikanan Malaysia  Sabah. Penternakan rumpai laut di Sabah tertumpu di Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Kunak yang berkeluasan 7,535 hektar. 

Mereka yang terlibat dalam industri huluan ini terdiri daripada penduduk kampung di pinggir laut. Aktiviti hiliran dilakukan oleh dua buah kilang yang memproses rumpai laut kepada ‘semi-refined carrageenan’ (SRC). 

SRC ini terbahagi kepada dua jenis iaitu gred makanan dan gred bukan makanan. SRC ini digunakan dalam industri pembuatan makanan dan industri pengeluar barangan penjagaan diri domestik selain  dieksport ke Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Negeri Sabah menyumbang hampir keseluruhan industri penternakan rumpai laut di Malaysia. Hampir 1,200 orang penternak terlibat dalam industri ini dengan daerah Semporna mempunyai 77% dari keluasan yang terlibat.

Akuakultur sangkar marin - ternakan rumpai laut di Semporna, Sabah
Rumpai laut di jemur pada matahari terik.
Rumpai laut yang telah di keringkan untuk pasaran.

Khasiat Rumpai Laut
Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

Kawasan segitiga Sabah, Filipina dan Indonesia sesuai ditanam rumpai laut

28th December, 2010 New Sabah Times

SEMPORNA:- Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Sri Nasir Tun Sakaran berkata, menerusi kajian yang dijalankan, kawasan segitiga Filipina, Indonesia dan Sabah sesuai dengan tanaman rumpai laut jenis kappaphyeseus.

Katanya, kappaphyeseus merupakan sejenis rumpai yang amat penting dalam industri pemprosesan makan dan farmasi.


“Saya difahamkan pada masa ini kawasan seluas 8,000 hektar di perairan Semporna telah ditanam dengan rumpai laut hanya dapat menghasilkan 1.5 metrik tan rumpai yang dikeringkan dalam satu hektar setahun kerana menggunakan cara penanaman tradisional,” katanya pada program bersama UMS-Link di Pulau Tubing, di sini, kelmarin.


Nasir berkata, seandainya para pengkultur rumpai laut boleh menggunakan teknologi yang telah direka cipta oleh UMS sudah tentu hasilnya akan berlipat ganda. Berita selanjutnya...



Lokasi Semporna, Sabah


Sumber Rujukan Kolagen :-

Wikipedia : Klik Sini

Benefits of Collagen
Discover The Benefits Of Collagen
Benefit of Collagen - Health and Skin Benefit of Collagen Supplements
Benefit of Collagen Supplements
Collagen Tablet 


Jenis-Jenis Kolagen
Kolagen adalah protein yang paling banyak dijumpai dalam alam haiwan. Ia adalah protein utama yang terdiri daripada ECM (Extra Cellular Matrix). Terdapat sekurang-kurangnya 30 gen kolagen yang berbeza tersebar melalui genom manusia yang menjana protein hasil gabungan dalam pelbagai cara untuk mewujudkan lebih 20 jenis gentian halus kolagen. 
Jenis I, II dan III adalah gentian halus yang paling banyak dan bentuk struktur yang serupa. 
Jenis IV kolagen membentuk retikulum dua dimensi dan adalah komponen utama lamina basal. 
Kalogen kebanyakannya disintesis oleh fibroblas tetapi sel-sel epitelium juga mensintesis protein ini. Terdapat 12 jenis kolagen utama yang disenaraikan dalam Wikipedia...Selanjutnya klik info ini...







Cara Masak Kolagen


BAHAN-BAHAN:
1 Pek 100gm rumpai laut kering
2.0 liter air mineral

CARA PENYEDIAAN:

1. Satu pek 100gm kolagen mentah perlu dibasuh 5-6 kali (seperti mencuci beras) sebaik-baiknya di basuh dengan asam keping untuk menghilangkan bau hanyir sebelum direndam selama 4-5 jam.
2. Selepas rendaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan.
3. Kemudian direbus sehingga mendidih bersama 2.0 liter air mineral selama 15-20 minit. 
4. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku).

5. Rupa kolagen bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil  sesudu makan setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan dibawah ini:


CARA PENGAMBILAN:
- Ambil 1 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh ketika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).
- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.
- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.
-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.- Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.



VITAMIN C (Ascorbic Acid) RDA 60 mg
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.
 
Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.

Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis".

Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar. 

SUMBER
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
http://moodpro.tripod.com/image/GR_PIN.GIF
Lemah badan.
http://moodpro.tripod.com/image/GR_PIN.GIF
Sakit-sakit dan sengal badan.
http://moodpro.tripod.com/image/GR_PIN.GIF
Bengkak gusi.
http://moodpro.tripod.com/image/GR_PIN.GIF
Hidung berdarah.
http://moodpro.tripod.com/image/GR_PIN.GIF
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
http://moodpro.tripod.com/image/GR_PIN.GIF
Anemia
KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:
-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.

Penternakan Rumpai Laut di Sabah

Rumpai laut atau nama tempatannya agar-agar ialah sejenis tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air yang tenang di persisiran pantai berbatu, pantai berlumpur, bakau, terumbu karang dan pantai berpasir. Terdapat pelbagai spesies rumpai laut di Malaysia, tetapi hanya spesies Kappaphycus dan Eucheuma sahaja yang diternak di negeri Sabah. Aktiviti penternakan rumpai laut mendapat galakan dan sokongan daripada kerajaan melalui pelbagai agensi terutamanya Jabatan Perikanan Malaysia  Sabah.

Penternakan rumpai laut di Sabah tertumpu di Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Kunak yang berkeluasan 7,535 hektar. Mereka yang terlibat dalam industri huluan ini terdiri daripada penduduk kampung di pinggir laut. Aktiviti hiliran dilakukan oleh dua buah kilang yang memproses rumpai laut kepada ‘semi-refined carrageenan’ (SRC). SRC ini terbahagi kepada dua jenis iaitu gred makanan dan gred bukan makanan. SRC ini digunakan dalam industri pembuatan makanan dan industri pengeluar barangan penjagaan diri dimestik selain  dieksport ke Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.


                     

Negeri Sabah menyumbang hampir keseluruhan industri penternakan rumpai laut di Malaysia. Hampir 1,200 orang penternak terlibat dalam industri ini dengan daerah Semporna mempunyai 77% keluasan yang terlibat.

Sistem Penternakan Rumpai Laut

Sistem penternakan yang biasa diamalkan di Asia Tenggara ialah sistem pancang, sistem rawai, sistem rakit dan sistem raga. Sistem pancang sesuai diusahakan di kawasan air cetek iaitu kurang daripada 0.5 meter dalam merentang tali yang sesuai di antara dua pancang dan seterusnya benih rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi.

Sistem rawai pula sesuai di kawasan air 1-3 meter dalam. Sistem rawai mempunyai persamaan dengan sistem pancang kecuali hujung tali diikat pada bahagian dasar pancang, sementara tali diapungkan dengan pelampung. Setiap satu rawai berukuran lebih kurang 200 meter panjang. Benih rumpai laut digantung pada tali di bawah aras air dan tali tersebut akan turun naik mengikut pasang surut air laut.

Seperti sistem rawai, sistem rakit juga sesuai di kawasan air yang kedalaman 1-3 meter. Namun begitu sistem rakit memerlukan batang kayu yang boleh terapung atau dua unit pelampung panjang yang diapungkan di permukaan air. Kayu atau pelampung tersebut diikatkan pada sauh di dasar laut untuk mengukuhkan kedudukannya . Seterusnya tali-tali diikat menerusi kedua-dua kayu atau pelampung tersebut dan benih-benih rumpai laut diikat pada tali-tali tersebut.

Sistem rawai sesuai di kawasan laut yang lebih dalam. Ukuran raga yang disyorkan oleh LKIM ialah 2 x1 meter (lebarXtinggi) yang diperbuat daripada Netlon HDPE. Raga dilabuhkan di dalam air secara terapung dan benih-benih rumpai laut akan dimasukkan ke dalam raga. Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi tetapi mempunyai banyak kebaikan. Sistem ini boleh menghalang ikan dan penyu daripada memakan benih serta mengurangkan tenaga kerja.

Pusingan Penternakan

Penternakan rumpai laut dijalankan mengikut pusingan satu pusingan penternakan mengambil beberapa hari dan bolehlah diumpanakan sebagai satu musim dalam penanaman padi.Spesies rumpai laut diternak oleh semua penternak ialah Kappaphyeseus alverazi.
Majoriti penternak (53%) mengamalkan 36-45 hari sepusingan manakala 37% lagi mengamalkan 56-60 hari sepusingan.

Bilangan hari sepusingan mempengaruhi bilangan pusingan pengeluaran setahun. Kebanyakan penternak (87%) mengamalkan 1-5 pusingan setahun manakala selebihnya (13%) mengamalkan 6-10 pusingan setahun. Tugas menyediakan anak benih untuk ditanam mengambil masa 4-5 hari, menuai 2 hari, menjemur 3 hari dan tempoh pertumbuhan rumpai laut bergantung kepada tempoh hari selebihnya dalam satu pusingan. Oleh itu, bagi pusingan 60 hari, tempoh pertumbuhan ialah 50 hari manakala pusingan 45 hari, tempoh pertumbuhan ialah 35 hari.

Memulakan Usaha Penternakan dan Kos Terlibat

Beberapa perkara diperlukan untuk memulakan usaha penternakan. Selain anak benih, tali dan botol polyethylene terephthalate (PET), harta tetap seperti bot atau sampan, pelantar menjemur, stor dan kayu pancang diperlukan.

Kos terlibat dalam usaha penternakan ialah kos berubah dan kos overhed. Kos berubah ialah anak benih, tali nilon dan tali rafia, botol PET (bahan sisa industri minuman) dalam saiz 1,500ml atau 500ml dan buruh pengeluaran yang terdiri daripada buruh keluarga atau buruh komersial. Kos overhed pula ialah susut nilai sampan sama ada berenjin atau tidak, pelantar menjemur, stor dan kayu pancang.

Keperluan seperti bot atau sampan dimiliki oleh penternak dengan cara membeli sendiri, bantuan daripada JPM Sabah atau disewa. Pelantar penjemuran memerlukan kos yang tinggi untuk dibina (RM40,000) seunit, biasanya disediakan oleh JPM Sabah dan digunakan sama oleh 7-10 orang penternak.

Pengeluaran Rumpai Laut

Pengeluaran hasil rumpai laut bergantung kepada keluasan ternak dan seterusnya bergantung kepada bilangan rawai. Purata rawai seekar ialah tujuh talian. Kebanyakan penternak menternak 14 rawai. Bilangan rawai paling rendah diternak ialah 9 rawai, manakala yang paling tinggi ialah 35 rawai.

Terdapat perbezaan ketara antara penternak dalam kuantiti pengeluaran hasil kering rumpai laut bagi satu rawai. Hasil kering minimum dapat dikeluarkan ialah 43 kg/rawai/pusingan manakala hasil kering maksimum ialah 214 kg/rawai/pusingan. Kebanyakan penternak dapat mengeluarkan 80 kg/rawai/pusingan.

Terdapat lima jenis tempoh pusingan yang diamalkan oleh penternak iaitu 3,4,5,6,dan 7 pusingan setahun. Terdapat juga variasi bilangan hari dalam tiap-tiap pusingan iaitu 30, 45, dan 60 hari. Hasil rumpai laut basah apabila dikeringkan akan memberikan pulangan anggaran 10% daripada berat basah.

Perbezaan hasil antara penternak seharusnya dipengaruhi oleh keluasan kawasan ternakan, bilangan rawai direntang, bilangan pusingan setahun dan bilangan hari pusingan. Semua penternak tidak menggunakan baja dan ubat-ubatan untuk menentukan kesuburan dan mengawal serangan penyakit. Oleh itu kesuburan pertumbuhan adalah secara semula jadi.

Suntingan dari artikel : 
Economic and Technology Management Review, Vol.6(2011):59-65
Rashilah Mohamad, Muhamad Faireal, Jamaluddin Kasa, Nor Azlina Saari.

Antioksidan - Apa itu?


RUMPAI  LAUT  ASLI yang telah siap dimasak dikenali sebagai agar-agar yang mengandungi KOLAGEN iaitu sejenis protin luar biasa. Ianya mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, Omega 3 dan ANTIOKSIDAN.
Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir dan menghilang masalah selulit pada ibu-ibu mengandung. Disarankan juga kepada anda yang :
-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan/kecederaan sukan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga) dan banyak lagi khasiatnya….
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.


Dengan setiap nafas yang diambil, anda sebenarnya menghasilkan radikal bebas – Oksidan tidak terkawal yang merosakkan sel!
Semakin anda berusia (tua), semakin berkuranganlah antioksidan semulajadi yang dihasilkan oleh badan anda untuk mengawal molekul-molekul pemusnah ini. Apabila semakin banyak radikal bebas terkumpul di dalam badan, kesihatan menjadi makin merosot, proses penuaan menjadi lebih pantas, menyebabkan anda mudah terdedah kepada pelbagai penyakit – daripada masalah kulit berkedut di usia muda, sehinggalah kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik. Maka, jawapannya ialah, “YA, anda perlukan AntiOksidan!!!”

Walaupun kita boleh mendapatkan sumber antioksidan daripada pemakanan harian, kebanyakan dari kita sebenarnya memerlukan lebih dari jumlah antioksidan yang kita perolehi hanya dari diet harian. Contohnya, perokok memerlukan 2 atau 3 kali ganda Vitamin C untuk mendapatkan paras darah berantioksidan yang sama seperti orang yang tidak merokok!
Selain itu, perkara-perkara yang menambahkan kuantiti radikal bebas di dalam badan ialah:

(1) Pencemaran udara
(2) Penyakit kronik
(3) Penyakit berjangkit
(4) Perokok sekunder
(5) Menopause
(6) Tekanan perasaan
(7) Pendedahan kepada cahaya matahari
(8) Sinaran X-ray
(9) Diet carcinogens (Pengambilan makanan yang digoreng pada suhu tinggi, dibakar dengan arang, atau daging yang dirawat).
(10) Cara penyediaan makanan yang salah

Apakah yang ANTIOKSIDAN boleh lakukan untuk anda?
(1) Melambatkan proses penuaan.
(2) Merendahkan paras kolesterol.
(3) Mengurangkan risiko atherosclerosis.
(4) Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
(5) Mengurangkan risiko segala jenis kanser.
(6) Bantu mengurangkan progres penyakit Alzheimer.
(7) Melambatkan pertumbuhan tumor.
(8) Bantu badan untuk detox carcinogens.
(9) Bantu kesihatan mata, elak masalah penglihatan.
(10) Melindungi badan dari kerosakan yang berpunca dari hisapan rokok.
(11) Melindungi badan daripada Chronic Obstructive Pulmonary Piseases(COPDs) - athma, bronchitis, dan emphysema.
(12) Melindungi badan dari pencemaran alam sekitar.

Tingkatkan Antioksidan, Halang Sel Kancer Merbahaya!!! Kini kita memerlukan lebih banyak perlindungan antioksidan berbanding dahulu. Pencemaran udara, pendedahan kepada sinar UV oleh matahari, tekanan (stress) dan gaya hidup yang tidak sihat menghasilkan banyak radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel DNA dalam tubuh.INGAT!!!! Antioksidan unsur utama yang dapat membantu melindungi sel tubuh daripada sel radikal bebas ini.

Untuk menyakinkan diri anda terhadap fungsi agen Antioksidan sila baca di SINI

TAHUKAH ANDA?
Suplemen antioksidan TIDAK BOLEH diambil oleh orang yang sedang menjalani kemoterapi atau rawatan radiasi. Ini kerana, rawatan-rawatan ini berfungsi dengan menghasilkan radikal bebas untuk memusnahkan sel kanser. Maka, suplemen antioksidan hanya akan mengurangkan dan menggangu ‘radikal bebas ini’ berfungsi dengan efektif!
Terima kasih kepada GenkiMomma yang berkongsi ilmu...



8 Makanan Yang Mengandung Antioksidan Tinggi

1. Delima
 – Polifenol yang ada di dalam delima lebih efektif daripada antioksidan yang ada dalam kandungan makanan lainnya untuk memerangi radikal bebas.

2. Berries
 – Blueberry lebih tinggi antioksidannya dibandingkan dengan buah lain. Cranberry dan blackberry juga mempunyai kandungan antioksidan yang tidak kalah tingginya

3. Kenari
 – Kenari peringkat kedua di antara kacang sebagai makanan dengan kandungan antioksidan yang besar.

4. Hazelnut
 – Hazelnuts juga kaya antioksidan, tetapi ia bukan kacang yang sangat popular. Pertimbangkan untuk menambah sebagai salad atau menggunakan mereka sebagai urapan. Kacang juga baik kerana lemak di dalamnya adalah lemak sehat yang membantu mencegah penyakit jantung.

5. Kacang
 – Kacang merah mempunyai tingkat tertinggi dalam kandungan antioksidan. Kacang kacangan merupakan makanan antioksidan terbaik di antara keluarga sayuran.

6. Kentang
 – Kentang adalah sumber besar dari segala jenis vitamin  dan mempunyai tahap sangat tinggi di antara makanan antioksidan.

7. Plum dan Prunes
 – Prunes yang sedikit lebih tinggi daripada antioksidan plum, hanya keranaianya kering.

8. Teh hijau
 – Teh hijau mengandung polifenol dan katekin yang sangat efektif meneutralisasi radikal bebas tubuh. Para ahli perubatan setuju bahawa salah satu sebab orang Asia memiliki harapan hidup lebih tinggi daripada ras lain adalah konsumsi tinggi dari teh hijau.